Artikel

65% Syarikat Di Jepun Menggaji Pekerja Asing – Atasi Isu Kekurangan Pekerja Tempatan

Taktala jumlah penduduk tempatan Jepun berdepan isu populasi menua dan kadar kesuburan yang lebih rendah – situasi ini secara langsung telah menuntut lebih banyak syarikat di Jepun untuk menggaji pekerja asing.

Setakat ini sekitar 65% syarikat Jepun direkodkan telah menggaji pekerja asing susulan isu kekurangan tenaga buruh tempatan.

Langkah ini bagi memenuhi keperluan produktiviti pada pasaran perniagaan di Jepun. Menurut laporan Kyodo News+, pengamatan tinjauan ini telahpun dijalankan di bawah Kementerian Buruh negara. Di mana penyertaan pekerja asing ini turut disokong berikutan peningkatan kemasukan warga asing di Jepun telah meningkat kepada 3.5 juta penduduk dalam tempoh 6 bulan tahun ini.

Biarpun kehadiran tenaga kerja asing telah membantu memastikan aliran operasi syarikat tidak terjejas namun 44.8% syarikat akui, terdapat beberapa cabaran telah menimbulkan kesukaran buat pengurusan antaranya isu komunikasi.