Status ini di bawah makluman kepada Bursa Malaysia telah memperincikan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telahpun melupuskan sekitar 14,926,300 saham kepentingan utama mereka dalam YTL Power International.
Buat pengetahuan umum, sebelum ini KWSP menjadi antara pemegang utama dengan kepentingan 5.019%. Namun kesan daripada pelupusan tersebut, secara langsung menyahkan kedudukan KWSP selaku pemegang saham utama.
Setakat ini secara menyeluruh – prestasi syarikat YTL telah memperlihatkan kenaikan semula selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan anak syarikatnya YTL Communications daripada isu salah-laku libatkan projek 1BestariNet. Tindakan itu secara dasarnya telah membawa kepada kenaikan 16% harga saham kumpulan.