Artikel

Premis Makanan, Minuman Perlu Miliki Sijil Halal Untuk Perbaharui Lesen Perniagaan – Di Kelantan

Kelantan kini tetapkan pemilikan sijil halal ke atas perniagaan di pasaran negeri mereka. Untuk peringkat awal, langkah itu akan tertumpu kepada premis makanan dan minuman yang ingin menyambung mahupun perbaharui lesen perniagaan mereka dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketika ini keperluan itu telah diwajibkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bersama Jawatankuasa Pembangunan Islam. Ini bermakna PBT Kota Bharu telah mewajibkan syarat tersebut dan di maklumkansyarat ini akan diperluas kepada PBT lain di Kelantan secara berkala.

Setakat ini perolehan sijil halal dilihat semakin meluas pada pasaran perniagaan di Kelantan.

Sebanyak 453 Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah dikeluarkan pada tahun ini – dengan 405 sijil halal melibatkan premis perniagaan beragama Islam dan 48 pula premis kalangan bukan beragama Islam.