Artikel

BNM Maklum – Bank Perlu Tanggung Kerugian Penipuan Sekiranya Sistem Lemah, Berlaku Kesilapan Sekuriti

Mana-mana kerugian penipuan yang berlaku disebabkan kesilapan keselamatan perbankan – Bank Negara Malaysia (BNM) kini menegaskan tanggungjawab kerugian tersebut haruslah dipikul sepenuhnya oleh bank yang terlibat dan pengguna berhak mendapat pampasan sewajarnya susulan situasi ini diluar kawalan mereka.

Tindakan itu menurut BNM pada laporan Business Times telah ditambahbaik pada dasar berhubung hak pengguna melibatkan isu penipuan kewangan.

Malah sekitaranya pengguna tidak bersetuju akan keputusan serta pampasan yang ditawarkan oleh institusi kewangan terlibat memiliki hak untuk pertikaikan keputusan tersebut kepada Imbudsman Perkhidmatan Kewangan (OFS) – yang bertindak selaku saluran bebas dan medium penyelesaian pertikaian kewangan negara.

Sementara kes penipuan kewangan yang melibatkan kecuaian pengguna pula – akan didasari berlandaskan situasi kes tersebut dan pembayaran balik akan dinilai mengikut kesesuaian isu yang berlaku.

Menerusi penegasan ini, diharap pihak perbankan terus melaksanakan perincian ciri keselamatan pada sistem perbankan mereka bagi memastikan hak pengguna terus terpelihara – di samping menghindari kesan kerugian kumpulan.