Artikel

Ini Senarai Pelepasan Cukai Individu Tahun 2024, Yang Pembayar Cukai Perlu Ketahui – LHDN

Tahukah anda, bayaran cukai di Malaysia menyumbang jumlah yang tinggi pada pendapatan negara dengan 40% melibatkan cukai langsung sementara menyeluruh pula melebihi 70% pendapatan negara. Menerusi kutipan, terdapat pelbagai langkah dapat direalisasikan Malaysia, antaranya menambahbaik infrastruktur di pasaran merentasi pelbagai sektor seperti kesihatan, pendidikan serta pengangkutan.

Sebagai konteks, pembayar cukai negara adalah melibatkan individu yang memiliki gaji tahunan bersih melebihi RM34,000 setahun. Di mana kumpulan ini diwajibkan untuk membayar cukai pendapatan mereka pada setiap tahun, tanpa gagal!

Gaji Bersih merujuk kepada gaji yang diterima pekerja selepas potongan dibuat. Ini merangkumi potongan caruman persaraan seperti KWSP dan PERKESO.

Maka untuk menggalakkan kutipan cukai ini dapat dicapai pada kadar yang lebih besar, ini senarai pelepasan cukai tahun 2024 yang boleh dirujuk pembayar cukai Malaysia bagi tindakan e-filing pada tahun 2025:

#1 Pelepasan Individu

  • Individu dan Saudara Tanggungan (RM9,000)
  • Suami, Isteri, Alimoni Kepada Bekas Isteri (RM4,000)
  • Potongan Tambahan bagi Suami atau Isteri Kurang Upaya (RM5,000)
  • Potongan Tambahan bagi Individu Kurang Upaya
  • Yuran Pengajian Diri Sendiri (RM7,000)
  • Penglibatan pada Kursus Peningkatan Kemahiran atau Dalam Bidang Tertentu yang Diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (RM2,000)

#2 Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Gaya Hidup meliputi Langganan Internet, Beli Bahan Bacaan, Peranti Pintar – Diri Sendiri, Pasangan/Anak (RM2,500)
  • Perbelanjaan Perubatan untuk Penyakit Serius Dan Kesuburan – Diri Sendiri/Pasangan/Anak (RM10,000)
  • Rawatan Perubatan, Keperluan Khas & Perbelanjaan Penjagaan Ibu Bapa (RM8,000)
  • Pembelian Peralatan Penyusuan (RM1,000)
  • Peralatan Alat Sokongan Asas untuk OKU – Diri Sendiri/Pasangan/Anak/Ibu Bapa (RM6,000)
  • Peralatan Sukan dan Aktiviti Sukan (RM1,000)

#3 Pelepasan Anak

  • Anak Yang Belum Berkahwin, Berusia 18 Tahun Ke Bawah (RM2,000)
  • Anak Berusia 18 Tahun Ke Atas, Belum Berkahwin & Masih Belajar (RM2,000)
  • Anak Berusia 18 Tahun Ke Atas, Belum Berkahwin & Belajar IPT iaitu Diploma Ke Atas (RM8,000)
  • Yuran Taska/Tadika Berdaftar (RM3,000)
  • Anak Kurang Upaya (RM6,000)
  • Kos Tambahan Anak Kurang Upaya (RM8,000)

#4 Caruman & Sumbangan

  • Insurans Nyawa & KWSP (Sehingga RM7,000)
  • Insurans Perubatan & Pendidikan – Diri/Pasangan/Anak (RM3,000)
  • Perkeso & Skim Insurans Pekerjaan (RM350)
  • Kos Pemasangan/Sewa/Perbelanjaan Kemudahan Pengecasan EV bagi Penggunaan Peribadi (RM2,500)
  • SSPN (RM8,000)
  • Anuiti Tertangguh & Skim Persaraan Swasta (RM3,000)