Artikel

Selepas 170 Tahun – Cadbury Hilang Status Selaku Pembekal Kepada Keluarga Diraja Britain

Setelah melalui 6 era pemerintahan monarki sejak 1854, jenama coklat global – Cadbury, kini kehilangan status selaku pembekal kepada Keluarga Diraja Britain. 

Ini menjadikan Cadbury antara 100 jenama yang tidak lagi meraih pembaharuan Watikah Diraja (Royal Warrant) oleh Raja Charles III untuk terlibat selaku senarai pembekal rasmi.

Buat pengetahuan umum, menerusi perolehan status itu, sesebuah jenama sekurangnya boleh membekalkan produk mereka kepada Istana secara konsisten dalam tempoh 5 tahun. Kehilangan status ini mengikut laporan Daily Mail dikaitkan akan peralihan operasi Cadbury disusuli pengenalan resepi coklat baharunya yang dimaklumkan tidak mengikuti acuan warisan sebagaimana sebelum ini.