Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara minggu hadapan, ia memaparkan kekal dan sedikit peningkatan.
Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 26 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 – RON95 kekal dengan RM2.05 sen seliter, sementara RON97 pula naik 3 sen kepada RM3.25 sen seliter.
Manakala Diesel di Semenanjung pula kekal RM2.95 sen seliter dan di Sarawak, Sabah dan Labuan kekal pada harga RM2.15 sen seliter untuk tempoh tersebut.
Berdasarkan pelarasan itu, negara akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.