Artikel

Lebih 167,000 Siswazah Malaysia Menganggur – DOSM

Tahun 2023 memperlihatkan seramai 167,300 siswazah di Malaysia berdepan dengan kesukaran dalam mencari peluang pada pasaran pekerjaan – yang membawa kepada status menganggur. 

Data ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagaimanapun semakin menurun berbanding tahun 2022 yang memperlihatkan seramai 174,800 siswazah menganggur. Susulan penurunan itu, ia bermakna lebih ramai siswazah meraih peluang pekerjaan dengan lebih 4.7 juta telah berstatus bekerja. 

Malah dengan prestasi ekonomi yang semakin berkembang turut memperlihatkan kategori tahap kemahiran pekerjaan juga semakin meluas apabila seramai 3.21 juta siswazah adalah kalangan pekerja mahir dengan sebahagian besarnya bekerja sebagai Prfesional (57.4%), Juruteknik dan Profesional Bersekutu (24.2%) dan Pengurus (57.4%). Sementara kategori siswazah bekerja dalam segmen separuh mahir pula semakin menurun kepada 1.49 juta pekerja. 

Siswazah yang bekerja dalam kategori kemahiran rendah juga dilihat semakin menurun kepada 51,800 pekerja untuk tempoh tersebut. 

Sementara mengikut taburan sektor ekonomi pula, ternyata ramai siswazah bekerja dalam sektor Perkhidmatan (77.5%) iaitu merekodkan seramai 3.69 juta. Diikuti sektor Pembuatan (13.4%), sektor Pembinaan (6.3%), Pertanian (1.7%) dan Perlombongan, Pengkuarian (1.0%).

Biarpun jumlah siswazah terus meningkat kepada 5.74 juta orang dan kadar pengangguran lebih rendah berbanding tahun sebelumnya – perlu diakui peratusan kadar pengangguran wanita terus mengatasi lelaki dengan merekodkan 93,300 (55.8%) berbanding 74,000 penganggur siswazah lelaki.