Artikel

ASNB Umum Agih Pendapatan ASB Sebanyak 5.75 Sen Seunit – Dividen Lebih Tinggi

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini secara rasminya mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan tahun ini adalah sebanyak 5.75 sen seunit bagi dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) berlandaskan tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024.

Agihan ini meliputi jumlah pengagihan 5.50 sens eunit bersama bonus tambahan 0.25 sen seunit.

Jumlah ini menurut Permodalan Nasional Berhad (PNB) membawa kepada pengagihan pendapatan secara menyeluruh sebanyak RM10.1 bilion di mana ia berupaya memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

Melihat pada prestasi itu, tahun ini juga didapati bilangan akaun ASB telah meningkat daripada 200,000 kepada 11.1 juta akaun mencerminkan tahap keyakinan Bumiputera akan ASB selaku instrumen simpanan dan pelaburan pada pasaran negara semakin meningkat.