Artikel

Capital A Sasar Bebas Status PN17 – Seawal Februari 2025 

Sasaran ini adalah selari dengan langkah yang dilaksanakan oleh kumpulan Capital A – di mana pihaknya ketika ini telahpun mengemukakan Cadangan Pelan Regularisasi kepada Bursa Malaysia Securities.

Menerusi tindakan itu, Capital A menjangkakan kumpulan berupaya menamatkan status PN17 pada suku pertama 2025 diantara Februari dan Mac kelak.

Buat pengetahuan umum, PN17 atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah aturan status ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang berdepan masalah isu kewangan. Penyenaraian ini berisiko menyebabkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;

  • Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
  • Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
  • Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
  • Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
  • Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
  • Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
  • Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan