Memasuki tahun 2025 kelak, kita akan memperlihatkan lebih banyak cawangan makanan segera A&W diperluas di pasaran Malaysia.
Sasaran ini menurut Pan Malaysia Corp (PMC) di bawah rancangan untuk menambah 12 lagi cawangan baharu di pasaran yang belu diterokai iaitu di Sarawak dan lebih menarik perluasan tersebut mungkin diperluas ke Brunei.
Perluasan ini untuk makluman adalah di bawah rangka 2025 setelah kumpulan meraih baki 49% pegangan dari Inter Mark Resources. Menerusi perolehan itu, Pan Malaysia kini dalam fasa memantau lokasi strategik dengan tumpuan trafik pelanggan yang tinggi – antaranya di lapangan terbang serta taman tema. Untuk lokasi lapangan terbang, terdapat sehingga 10 lapangan terbang yang berpotensi menjadi tumpuan lokasi baharu A&W iaitu Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Selain perluasan cawangan, Pan Malaysia turut merangka pelan menambahbaik kecekapan sistem digital dengan menaiktaraf aplikasi pesanan A&W bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja dan menyasarkan pemasangan kiosk digital di semua cawangan menjelang akhir 2024 ini.