Artikel

Rakyat Malaysia Bergaji Minimum – Secara Purata Perlu Belanja RM437.58 Sebulan, Beli Barangan Asas

Untuk memperolehi barangan asas bagi keperluan selama sebulan – ternyata rakyat Malaysia secara purata perlu berbelanja sekitar RM437.58 wang gaji mereka daripada paras gaji minimum semasa.

Jumlah perbelanjaan ini buat pengetahuan umum membawa kepada penggunaan hampir 30% daripada gaji mereka.

Tinjaun Picodi yang dilaksana pada data paras gaji minimum semasa seawal Januari tahun ini menjelaskan kos barangan asas tersebut telah meningkat ketara dengan hampir 3% berbanding kos barangan asas pada 2023 dengan sekitar RM405.46. Ini perincian kos makanan asas bagi awal tahun 2024;

  • Sayur-sayuran (8 kilogram) – RM33.19
  • Susu (10 liter) – RM71.10
  • Roti (10 keping) – RM37.20
  • Beras (1.5 kilogram) – RM7.82
  • 20 biji Telur – RM13.67
  • Keju (1 kilogram) – RM56.83
  • Daging (6 kilogram) – RM162.45
  • Buah-buahan (6 kilogram) – RM55.32

Biarpun begitu, berbanding negara serantau yang lain peratusan kos barangan asas negara dianggarkan lebih rendah. Berbeza dengan negara lain yang miliki peratusan kos barangan asas lebih tinggi berbanding gaji minimum penduduk mereka iaitu Indonesia (49.3%), Thailand (54.4%), Vietnam (65.6%) dan Filipina (66.2%).