Artikel

Pekerja, Usahawan Yang Cari Rezeki Di Pulau Pinang – Wajib Bayar Zakat Kepada ZPP

Apabila kita bekerja dan berniaga di sesebuah negeri, adalah penting untuk kita mengembalikan semula perolehan tersebut kepada masyarakat setempat khususnya kepada pihak yang memerlukan. Perihal ini yang sedang ditekankan Pulau Pinang ke atas pekerja, peniaga dan usahawan beragama Islam.

Kumpulan ini diwajibkan untuk membayar zakat termasuk zakat perniagaan kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP) berlandaskan kaedah pengiraan yang ditetapkan badan zakat tersebut.

Jelas Mufli Pulau Pinang, perihal tersebut telah dicapai menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada September lalu. Di mana hukum pembayaran zakat kepada amil yang dilantik adalah wajib dan tindakan membelakangkan perkara tersebut dikategorikan menyalahi hukum syarak.

Malah tindakan kumpulan pekerja dan usahawan yang memindahkan zakat ke luar negeri lain diklasifikasikan sebagai hukum haram kerana secara langsung telah menafikan hak dan jejaskan keperluan asnaf.

Tindakan ini untuk makluman adalah selaras dengan tuntutan agama Islam bagi memastikan kebajikan masyarakat asnaf negeri terus terpelihara.