Bersempena dengan cuti musim perayaan Hari Natal yang akan disambut pada 25 Disember ini, kini kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari untuk kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian), pada 23 dan 24 Disember 2024.
Tol percuma ini akan diberikan di semua lebuh raya bermula jam 12.01 tengah malam kecuali plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu – Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) Johor Darul Takzim dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 24 Disember 2024 pada hari Selasa.
Biarpun diberikan tol percuma, pengguna lebuhraya masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go atau smartTag atau RFID di plaza tol – tetapi tiada caj akan dikenakan untuk tempoh dua hari berkenaan.