Cabang segmen khidmat makanan Capital A, Santan kini menaik taraf penyelesaian runcit mereka Fasspos bersama Soft Space bagi meningkatkan lagi pengalaman berbelanja secara mudah kalangan penumpang penerbangan AirAsia.
Bersama langkah itu, Santan memudahkan kru kabin AirAsia menjejaki inventori dan membantu pengguna membuat pesanan dari tempat duduk penumpang, dan laksana memproses pembayaran nirtunai.
Maka dengan langkah naik taraf sistem bersama tablet ET45 gred Zebra Technologies ia dilihat telah meningkatkan keupayaan Fasspos. Selanjutnya menampilkan paparan yang lebih besar, mudah dinavigasi dan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) yang canggih, sekali gus mengurangkan masa transaksi sehingga lebih 50%.
Ciri-ciri ini secara langsung membolehkan kru kabin memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan yang lebih cakap di samping meningkatkan transaksi jualan merentasi semua pesawat kumpulan AirAsia.