Artikel

Inflasi Malaysia Kembali Mereda 1.8% – Namun Kos Makanan, Minuman Kekal Tinggi

Inflasi Malaysia memperlihatkan peningkatan yang lebih rendah apabila mencatatkan 1.8% pada November 2024.

Menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) data ini antaranya didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama Kesihatan (1.2%) dan Pengangkutan (0.4%). Manakala, inflasi Makanan & Minuman meningkat pada kadar lebih tinggi 2.6% berbanding 2.3% pada bulan Oktober 2024 lalu.

Manakala, inflasi Makanan dan Minuman pula meningkat pada kadar lebih tinggi 2.6% berbanding 2.3% pada bulan Oktober 2024. Selain itu, kumpulan utama Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain turut menunjukkan peningkatan lebih tinggi pada November 2024, dengan 3.2%.

Sementara mengikut taburan negeri pula, terdapat 5 negeri berdepan paras inflasi melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.9%), Pahang (2.4%), Selangor (2.1%), Johor (1.9%) dan Sarawak (1.9%).

Secara menyeluruh, biarpun peningkatan inflasi lebih kecil direkodkan namun tekanan kos makanan luar terus tinggi pada pasaran. Tinjauan DOSM dapati kesemua negeri mencatatkan peningkatan dalam inflasi Makanan dan Minuman. Kadar tertinggi dicatatkan oleh Selangor pada 4.0%, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.4%), Johor (2.9%), Terengganu (2.8%), Pulau Pinang (2.6%) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.6%).