Catcha Digital kini telah dalam tindakan jual beli saham untuk mengambilalih 70% kepentingan ekuiti dalam Tastefully Malaysia bersama pertimbangan tunai RM7.6 juta.
Langkah ini sekaligus akan membantu Catcha meluaskan lagi peranan media digital mereka khususnya melibatkan segmen promosi bersama pengguna. Buat pengetahuan umum, Tastefully adalah antara syarikat ekspo makananan yang mengendalikan acara besar di pasaran negara.
Adanya peralihan itu, ini akan membantu kedua pihak meraih kumpulan pengguna yang lebih besar daripada pangkalan pelanggan semasa. Selain kelebihan kepada Catcha, pihak Tastefully turut boleh memanfaatkan keupayaan pengiklanan digital bersama kumpulan pelanggan mereka di pasaran kelak.