Prestasi Julai sehingga September 2024 terus memaparkan pertumbuhan yang positif pada sektor perkhidmatan Malaysia – antaranya pada aliran urusniaga libatkan medium e-dagang di pasaran tempatan. Pada tempoh tersebut, segmen e-dagang di Malaysia telah merekodkan peningkatan 3.8% pada prestasi dengan rekod pendapatan RM307.8 bilion.
Kedudukan ini didorong hasil penyertaam 78,236 syarikat pada transaksi e-dagang. Pada perincian lanjut berhubung perolehan pendapatan e-dagang ini merangkumi Business to Business (B2B) dengan RM786.5 bilion, Business to Consumer (B2C) dengan RM312.6 bilion dan Business to Government (B2G) dengan RM27.8 bilion.
Perkembangan ini menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membawa kepada prestasi secara menyeluruh telah melonjak 4% dengan e-dagang mencapai jumlah pendapatan RM918.2 bilion bagi 9 bulan pertama 2024.
Selain prestasi e-dagang, segmen ekonomi digital lain turut memaparkan peningkatan. Antaranya sekitar 99.3% isi rumah di Malaysia telah miliki akses kepada telefon bimbit. Sebagai pecahan, 97.6% memilih menggunakan telefon pintar sementara 16.3% isi rumah lagi masih menggunakan capaian ke atas telefon biasa. Manakala 96.4% isi rumah pula akui telah miliki capaian internet, diikuti 91.6% pula memiliki komputer.