Artikel

CIMB, PayNet Bekerjasama Perkenal Terminal Pembayaran Bersama Sokongan e-Invois Automatik

CIMB Bank bersama Payments Network Malaysia (PayNet) kini laksana kerjasama untuk melancarkan terminal pembayaran yang dilengkapi akses e-invois automatik.

Buat pengetahuan umum, pelancaran terminal ini ia lebih daripada sekadar peranti penerimaan pembayaran, terminal ini dilengkapi dengan fungsi Point-Of-Sale (POS) terbina, yang juga berfungsi sebagai sistem POS kndiri atau boleh diintegrasikan dengan sistem POS sedia ada melalui Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API).

Menerusi akses terminal tersebut, ia membolehkan peniaga menjana bil terperinci untuk para pengguna dan menggalakkan ketelusan yang lebih tinggi berlaku pada sesi urus-niaga. Selain itu, terminal ini turut menyediakan amaran suara masa-nyata untuk transaksi kad dan kod QR, yang membantu meningkatkan keselamatan dan memberikan kemudahan tambahan.

Insiaitif ini dijangka akan memberi kelebihan kepada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara pada proses invois dan pematuhan pengeluaran e-Invois di bawah mandat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk peringkat rintis, CIMb sedang menguji perkhidmatan tersebut bersama peniaga terpilih dan merancang akan laksana pelancaran sepenuhnya menjelang suku kedua 2025 kelak.