Bagi menambahbaik kualiti pengauditan penyata kewangan di Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kelak akan perkenalkan kriteria atau syarat baharu untuk pengecualian audit syarikat persedirian di negara.
Jelas SSM, pelaksanaan kriteria baharu ini akan mula dikuat kuasakan pada 1 Januari 2025 kelak. Ini bermakna syarat semasa terus terpakai sehingga 31 Disember 2024 ini bagi penyata kewangan yang melibatkan tempoh bermula sebelum tarikh penguatkuasaan itu.
Maka untuk melayakkan firma memperolehi pengecuali audit – kumpulan ini perlulah memenuhi sekurangnya dua daripada syarat baharu tersebut. Ianya adalah:
- Perolehan tahunan syarikat tidak lebihi RM3 juta dalam tahun kewangan semasa dan 2 tahun kewangan sebelumnya tidak lebihi RM3 juta
- Jumlah aset syarikat dalam tahun kewangan semasa dan 2 tahun sebelumnya tidak lebihi RM3 juta
- Bilangan pekerja pada akhir tahun kewangan semasa dan 2 tahun sebelumnya tidak lebihi 30 orang
Menerusi pelaksanaan ini, ia sekaligus akan meningkatkan manfaat ke atas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengurangkan kos pematuhan dan menambahbaik ketelusan serta kecekapan amalan tadbir urus korporat syarikat secara berkala.