Artikel

ECRL Kini Siap Lebih 76% – Mula Perlihatkan Rekaan Tren Bersama Elemen Budaya Malaysia

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini telah memperlihatkan kemajuan keseluruhan mencapai 76.06% setakat November lalu.

Tahap kemajuan itu sekaligus dilihat bertepatan dengan sasaran pentadbiran negara, yang menjangkakan jajaran Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dapat disiapkan menjelang Disember 2026 – diikuti jajaran dari Gombak ke Jalan Kastam pula pada Disember 2027.

Menerusi akses ECRL ini, ia secara langsung akan membantu merancakkan aliran ekonomi negara melibatkan lokasi taman perindustrian, pelabuhan utama, bandar utama dan zon ekonomi pelancongan. Di mana aliran ekonomi Malaysia dijangka meningkat 3.8% pada KDNK menjelang 2047.

Lebih menarik, berikutan tahap kemajuan projek yang semakin membrangsangkan – ECRL kini memperlihatkan rekaan tren mereka yang menerapkan konsep kepelbagaian budaya Malaysia.