Sektor teknologi kewangan (fintech) di Malaysia terus memperlihatkan perkembangan yang baik, apabila terdapat peningkatan dalam beberapa cabang industri ekonomi. Untuk tahun 2024, didapati negara kini memiliki 286 firma fintech – yang mana rekod ini dilihat sedikit menurun berbanding 313 firma pada 2023 dan 294 firma pada 2022.
Data mengikut tinjauan Fintech 2024 Malaysia ini memperinvikan terdapat beberapa percambahan dalam industri tertentu. Antaranya memperlihatkan syarikat pembayaran terus mendominasi pasaran fintech dengan 75 syarikat (21.4%), 40 syarikat dompet digital (11.4%), pinjaman dengan 31 syarikat (8.9%), segmen kiriman wang dengan 29 syarikat (8.3%), rantaian-blok dengan 25 syarikat (7.1%), diikuti insurans teknologi dengan 24 syarikat dan kewangan alternatif dengan 24 syarikat (6.8%).
Pada prestasi pasaran itu, ini perincian berhubung pecahan peratusan syarikat fintech di Malaysia: