Tahun 2024 memperlihatkan perkembangan yang menarik pada medium e-dagang negara, antaranya lebih 1.8 juta usahawan tempatan berupaya menawarkan produk mereka bersama pengguna menerusi Shopee di bawah inisiatif Shopee Raikan Lokal.
Dilancarkan pada tahun 2019, Shopee Rai Lokal telah menjadi tonggak utama dalam misi Shopee untuk meraikan dan menyokong komuniti pengguna, usahawan, dan bakat tempatan. Pada tahun 2024, Shopee mengukuhkan inisiatif ini dengan melancarkan laman web mikro Shopee Rai Lokal – platform khusus buat pengguna untuk menerokai dan menyokong produk dan perniagaan tempatan kegemaran melalui baucar dan diskaun eksklusif.
Usaha ini sekaligus merapatkan jurang antara penjual dan pembeli dengan mencipta laluan langsung untuk pengguna menyokong usahawan tempatan di pasaran semasa.
Selain perkembangan itu, lebih 500,000 ahli Shopee Affiliate membantu memacu pesanan, sekali gus mengukuhkan peranan Shopee sebagai pemangkin kepada kelestarian ekonomi dan transformasi digital di Malaysia.