Artikel

Gentari, Mastercard Bekerjasama Tingkatkan Jejak Penggunaan EV Di Asia Pasifik

Gentari melalui anak syarikat Gentari Green Mobility kini meluaskan perkhidmatan mereka bersama Mastercard bagi meningkatkan jejak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di pasaran Asia Pasifik.

Menerusi kebersamaan penyelesaian pembayaran digital ini, kedua pihak turut meneroka kesepakatan pada pemasaran, promosi dan pengiklanan di samping menyokong matlamat pengurangan karbon. Usaha ini dijangka akan menghubungkan lebih ramai lagi pengguna, komuniti pada akses pengangkutan lebih lestari.

Kerjasama ini untuk makluman turut melibatkan inisiatif perluasan tenaga solar selain penggunaan EV.

Buat pengetahuan umum, Gentari ketika ini mengendalikan rangkaian pengecasan arus terus (DC) berlesen terbesar di pasaran Malaysia dengan memiliki lebih 170 titik pengecasan DC (CP) daripada hampir 1,000 CP di Malaysia, Thailand dan India. Pada peranan tersebut, Gentari turut menawarkan rangkaian lebih 3,800 EV menerusi akses vechile-as-a-service (VaaS) di Malaysia, Indonesia dan India.