Artikel

Malaysia Kaji Akta Plastik Bersifat Menyeluruh – Antaranya Untuk Atasi Isu Sisa Plastik Dari Negara Maju

Pentadbiran negara kini dalam usaha mengkaji keperluan mewujudkan akta berkaitan plastik yang bersifat lebih menyeluruh – di bawah agenda Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Keperluan ini didasari akan ketidakseragaman berhubung tindakan penguatkuasaan melibatkan isu plastik di pasaran Malaysia, antaranya isu lokasi lamabakan sisa plastik dari negara luar ke Malaysia.

Jelas Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, walaupun peringkat Persekutuan telah merangka dasar plastik yang menyeluruh namun apabila tiba di peringkat pelaksanaan Kerajaan Tempatan atau Kerajaan Negeri didapati berlakunya percanggahan pendekatan dalam penguatkuasaan.

Maka situasi itu, secara langsung menimbulkan kekeliruan akan lanjutan penguatkuasaan dalam isu plastik.

Selain menyeragamkan akta tersebut, kementerian turut akan perketatkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengukuhkan peranan dalam pengurusan kitar semula sisa plastik di pasaran Malaysia.