Rapid KL kini memaklumkan bermula 23 Disember 2024 sehingga 31 Januari 2025 – tindakan proses untuk perbaharui pas My50 akan ditangguh buat sementara waktu pada semua kaunter khidmat pelanggan rel, BRT dan hab bas Rapid KL.
Manakala pengguna sedia ada yang masih miliki baki hari dalam pas My50 – dimaklumkan perlu menghabiskan baki hari tersebut sehinggalah pas My50 anda telah tamat tempoh. Maka tindakan pembelian pas baharu boleh dilaksanakan selepas itu.
Sementara pembelian pas M50 untuk pengguna pertama kali (baharu) kekal dijalankan seperti biasa pada semua kaunter RapidKL.
Menerusi penjelasan ini, bermakna semua pengguna perlu peka akan tempoh tergendala untuk tindakan pembaharuan pas My50 tersebut. Dengan makluman ini, diharap semua pihak mengatur perjalanan pengangkutan awam anda dengan terperinci.