Selaras dengan meraikan perayaan Krimas dan Tahun Baharu 2025 tidak lama lagi, dijangka aliran trafik negara akan meningkat sehingga 14% daripada kebiasaan di lebuhraya. Peningkatan itu berpotensi membawa kepada jumlah 2.12 juta kenderaan sehari bermula 20 Disember ini.
Jangkaan PLUS Malaysia itu berikutan pada tempoh tersebut, lebih ramai rakyat negara akan merancang perjalanan percutian diikuti kemasukan pelancong luar negara ke Malaysia.
Maka semua pihak diminta bersedia akan sebarang tempoh perjalanan yang lebih lama, dengan memastikan kad tambah nilai pembayaran tol mencukupi, disamping memanfaatkan kemudahan rehat di sepanjang kawasan lebuhraya bagi memastikan pemanduan pengguna di tahap yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya kemalangan tidak diingini.
Untuk langkah lebih cekap, PLUS turut mengesyorkan pengguna lebuhraya memanfaatkan maklumat trafik menerusi aplikasi PLUS bagi memastikan rancangan perjalanan pengguna lebih baik pada tempoh percutian tersebut.