Artikel

Pengenalan 15% Cukai Minimum Global Berupaya Tingkatkan Hasil Malaysia – Mulai Tahun 2025 

Pengenaan 15% Cukai Minimum Global (GMT) yang akan dikenakan ke atas syarikat multinasional yang berpendapatan 750 juta euro mulai tahun 2025 – dijangka akan memberi impak yang postif pada pertumbuhan negara berikutan peningkatan hasil sumber baharu.

Selain peningkatan hasil, pengenaan cukai tersebut adalah cerminan akan jaminan Malaysia ke atas pelabur berhubung perancangan ekonomi bagi jangka masa panjang. Langkah itu berupaya meningkatkan lagi kemasukan pelaburan baharu ke dalam pasaran.

Untuk makluman, percukaian ini telahpun mencapai persetujuan secara dasar sejak awal Ogos 2022 lagi.

Menerusi pengenaan cukai 15% ke atas syarikat multinasional ini, ia secara langsung dapat memastikan pihak firma melunaskan tanggungjawab cukai mereka ke atas negara tuan rumah dan menghindar dari berlakunya sebarang ketirisan kutipan cukai negara. Lebih menarik usaha itu beruapaya membawa penambahan hasil RM1 bilion kepada Malaysia.

Syarikat Multinasional atau Multinational Corporation (MNC) – adalah entiti yang beroperasi di negara sendiri dan di seluruh dunia. Penetapan operasi induk entiti ditentukan berdasarkan pengurusan operasi dan pentadbiran syarikat tersebut. Firma ini diklasifikasikan sebagai MNC setelah memiliki operasi di beberapa negara luar dan memiliki syarikat utama yang melabur pada cawangan pangkalan di negara lain.