Kebajikan pekerja seharusnya dipertingkatkan secara berkala, mengikut kesesuaian tekanan pasaran semasa. Memahami keperluan itu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kini meluaskan lagi kerjasama bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi melindungi pekerja industri penerbangan.
Usaha ini antaranya akan membantu MAVCOM mempercepatkan prosedur penguatkuasaan untuk tangani isu ketidakpatuhan dalam kalangan pemegang lesen dan permit industri penerbangan.
Sementara Perkeso pula, kesepakatan ini akan meluaskan akses untuk operasi meluaskan ekosistem penerbangan berlandaskan keperluan kebolehpasaran pekerjaan negara. Antaranya dengan meningkatkan akses penempatan bakat baru, latihan industri di bawah inisiatif MYFutureJobs, Program Active Labour Market dan kerjasama baharu National Career Exploration Centre (NPCEC) yang akan dilancarkan pada 2025 kelak.