Artikel

Caj RM1 Bas GOKL Kepada Bukan Warganegara Kini Diperluas – Mulai 1 Januari 2025

Seperti yang umum ketahui nilai Januari 2024 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telahpun mula mengenakan caj sebanyak RM1, kepada pengguna bukan warganegara bagi setiap perjalanan. Namun tindakan itu dilaksanakan secara berperingkat pada tempoh tersebut.

Setelah melaksanakan pengenaan caj pada laluan 01 (hijau), laluan 02 (ungu), laluan 03 (merah) dan laluan 04 (biru). Kini DBKL meluaskan pengenaan caj tersebut pada perkhidmatan GOKL – di Laluan 05 (jingga), 06 (Merah Jambu) dan Laluan 08 (Merah Manggis).

Buat pengetahuan umum, laluan 06 (Merah Jambu) melibatkan laluan Stesen LRT Universiti ke PPR Seri Pantai manakala Laluan 08 (Merah Manggis) melibatkan laluan Stesen KTM dan MRT Kampung Batu ke Chow Kit.

Susulan makluman itu, pelaksanaan ini akan dikuat kuasakan mulai 1 Januari 2025 kelak. Langkah ini menuntut pengguna bukan warganegara melaksanakan pembayaran secara nirtunai melalui kad Touch ‘n Go (TNG), kod QR, kad debit atau kad kredit.

Sementara untuk pengguna dewasa warganegara pula dinasihatkan untuk mendaftarkan MyKad anda pada sistem TNG bagi menikmati perkhidmatan bas GOKL secara percuma. Manakala pengguna kalangan kanal-kanak berusia 12 tahun ke bawah pula kekal percuma tanpa perlu laksana pendaftaran.

Secara menyeluruh masih terdapat 8 laluan bas GOKL yang tidak dikenakan caj RM1, ianya adalah:

  • Laluan 07 (Biru Firus) – hab LRT Dato’ Keramat
  • Laluan 09 (Coklat) – hab LRT Sri Rampai
  • Laluan 10 (Hijau Serindit) – hab Terminal Maluri
  • Laluan 11 (Kelabu) – hab Terminal Maluri
  • Laluan 12 (Krim) – hab Taman Fadason
  • Laluan 13 (Merah Lembayung) – hab MRT Jinjang
  • Laluan 14 (Mint) – hab Kompleks Muhibbah
  • Laluan 15 (Biru Gelap) – hab Alam Damai