Artikel

Proton e.MAS 7 Diumum Jadi Kereta Rasmi ASEAN 2025 – PM Anwar

Selari dengan penampilan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada 2025 tidak lama lagi – Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini telah memaklumkan hasrat untuk menjadikan kenderaan elektrik (EV) sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN bagi tindakan menghadiri acara kenegaraan ketika acara tersebut.

Maka untuk merealisasikan matlamat tersebut, pada sidang acara Proton hari ini – PM Anwar mengumumkan kenderaan EV Proton e.MAS 7 sebagai kereta rasmi ASEAN 2025.

Dengan pengumuman tersebut, ia akanmeluaskan lagi penggunaan EV dalam pasaran semasa. Tidak sekadar pada tahap kumpulan pengguna bahkan meliputi penggunaan di peringkat kumpulan pentadbir.

Menerusi penggunaan EV sebagai kereta rasmi juga ia dilihat akan lebih memberi penjimatan berganda meskipun jumlah unit yang lebih kecil.

Apa itu ASEAN – mewakili Association of Southeast Asian Nations atau Persatuan Negara Asia Tenggara meliputi 11 negara yang terlibat – Malaysia, Indinesi, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.