Kos haji bagi tahun 2025 kini secara rasminya diumumkan oleh pihak Tabung Haji (TH) – di mana penetapan kos itu memperlihatkan berlakunya peningkatan 20% bagi jemaah haji muassasah melibatkan kumpulan pendapatan rendah (B40) dan pendapatan pertengahan (M40).
Peningkatan ini jelas TH, susulan kenaikan kos penginapan, penerbangan serta caj perkhidmatan.
Sebagai perincian kadar bayaran jemaah haji muassasah B40 untuk ibadah kali pertama ditetapkan RM15,000 berbanding RM12,356 pada 2024.
Sementara kadar bayaran jemaah M40 pula untuk ibadah kali pertama adalah RM23,500 berbanding RM19,152 pada 2024. Manakala kumpulan pendapatan tinggi (T20) pula kekal pada kadar RM33,300 untuk jemaah yang menunaikan ibadah kali pertama sepertimana yang dilaksanakan pada tahun lalu.