Mengakhiri tahun 2024, memperlihatkan sektor pelancongan negara telah kembali rancak apabila separuh tahun pertama telah berjaya merekodkan kemasukan lebih 11.8 juta pelancong luar negara ke Malaysia. Meninjau kepada rekod itu, ternyata kebanyakkan pelancong Malaysia lebih gemar memilih destinasi pelancong hijau, iaitu lokasi berteraskan alam semulajadi.
Pengamatan kajian Traveloka bersama YouGov ini, memperincikan 59% pelancong negara akuimemilih kawasan pergunungan sebagai destinasi percutian mereka. Diikuti kawasan pantai (57%) dan tapak bersejarah (42%). Rekod ini secara jelas mendahului peratusan yang dicatatkan pada destinasi pilihan di pasaran serantau (26%).
Selain keutamaan destinasi, faktor lain turut mempengaruhi minat pelancongan pelancong pada kajian adalah penawaran harga berpatutan dan pilihan diskaun yang disediakan. Keperluan ini sering menjadi tumpuan khususnya ketika pelancong ingin menempah tempat penginapan mereka. Adanya akses tersebut, ia akan membantu kumpulan pelancong lebih memahami aliran perbelanjaan mereka ketika bercuti dan meraih penjimatan yang berbaloi.
Kajian juga turut dapati – ketika melancong 70% rakyat Malaysia cenderung menggunakan kad debit dan kad kredit sebagai saluran pembayaran mereka. Penggunaan itu lebih tinggi berbanding wang tunai (62%) dan aplikasi pembayaran (45%).
Tidak hanya itu, 64% pelancong Malaysia juga terus perlihatkan keyakinan tinggi pada penggunaan media sosial sebagai medium buat mereka mendapatkan maklumat berkenaan pelancongan. Di mana angka ini telah mengatasi sumber tradisional seperti cadangan keluarga (52%) dan perkongsian maklumat di laman sesawang (48%).
Secara menyeluruh, berdasarkan dinamik pelancongan yang diraih Traveloka ini – ternyata terdapat banyak ruang yang boleh dimanfaatkan sektor pelancongan negara. Antaranya mengetengahkan lagi perkhidmatan pelancongan berasaskan destinasi hijau – ini termasuklah meluaskan lagi akses pelancongan eko dan aktiviti melibatkan komonuti di Malaysia.
Perluasan itu tidak sekadar menjadi tarikan baharu pada pasaran negara tetapi turut akan merancakan lagi aktiviti perbelanjaan dalam sektor ekonomi setempat secara berkala di Malaysia kelak.
