Artikel

Gaji Dan Upah Pekerja Di Malaysia Melonjak, Naik 6.9% – DOSM

Secara puratanya kadar gaji dan upah pekerja di Malaysia telah alami peningkatan 6.9% bagi tahun 2023. Rekod ini secara jelas menunjukkan potensi pendapatan kumpulan pekerja negara semakin meningkat, lebih baik untuk sebahagiab besar tenaga kerja.

Data Jabatan Perangkaan (DOSM) ini memaparkan peningkatan gaji turut berlaku berlandaskan tahap kemahiran yang terdapat pada pasaran semasa. Ini melibatkan pekerja mahir alami peningkatan gaji secara purata RM5,242, diikuti pekerja separuh mahir pula RM2,475 dan pekerja berkemahiran rendah RM1,982. Rekod gaji purata ini secara jelas melepasi paras gaji minimum yang dikuatkuasakan pada tahun 2025 iaitu RM1,700.

Taburan negeri pula menunjukkan terdapat 4 negeri lepasi paras purata gaji nasional (RM3,441) iaitu Putrajaya (RM4,443), Kuala Lumpur (RM3,469), Selangor (RM3,885), Labuan (RM3,636) dan Pulau Pinang (RM3,557).

Melihat pada peningkatan itu, tahun 2023 secara menyeluruh menunjukkan sektor Perlombongan dan Pengkuarian mencatatkan gaji purata yang tinggi iaitu RM5,623, diikuti Perkhidmatan (RM3,619), Pembuatan (RM3,052), Pembinaan (RM2,903) dan Pertanian (RM2,204).

Manakala mengikut kedudukan lokasi pula, penengah dan purata gaji dan upah bulanan di Bandar diperhatikan lebih tinggi dengan RM2,676 (penengah) dan RM3,550 (purata). Sementara luar bandar pula mencatatkan penengah gaji RM1,590 dan purata pula RM2,608.