Artikel

Individu, Syarikat Beli Diesel Lebihi Had – Perlu Mohon Permit Khas

Sekiranya terdapat individu, organisasi mahupun syarikat berskala kecil bertindak membeli diesel melebihi had yang ditetapkan – tindakan tersebut memerlukan kumpulan ini memohon permit khas.

Keperluan permit khas itu bertujuan untuk memastikan pembelian diesel adalah tertumpu kepada penggunaan kenderaan, tidak pada tindakan cubaan menjual semula. Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pemohon perlu kemukakan surat pengesahan daripada agensi berkaitan dan memohon pada Sistem Permit Khas menerusi portal KPDN.

Buat pengetahuan umum, keperluan ini telahpun digariskan pada Panduan Permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan Permit Khas di bawah punca kuasa Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021.