Berkuat kuasa 1 Januari 2025, Selangor akan menaikkan cukai taksiran sehingga 25% selepas tempoh 20 tahun – ternyata tindakan ini dilihat akan diikuti Kuala Lumpur pada pasaran tahun hadapan, antara tumpuan awal adalah industri hartanah.
Potensi ini sedang diteliti Wilayah Persekutuan sejak Julai lalu, usaha itu ia secara langsung akan membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atasi isu defisit kewangan dan berupaya menampung peningkatan kos melibatkan penyelenggaran awam, jalan raya serta pengurusan sisa.
Buat pengetahuan umum, kadar cukai taksiran KL telah disemak kali terakhir pada 11 tahun lalu iaitu, tahun 2013.
Bagaimanapun butiran kenaikan tersebut masih lagi dalam perbincangan dan akan mengambil pelbagai pendekatan terbaik untuk membantu KL meningkatkan hasil pendapatan wilayah. Menerusi gambaran awal ini, adakah ia akan meningkatkan tekanan kos rakyat KL? Sama-sama kita nantikan makluman lanjut kelak.