Bermula Januari 2026, had simpanan asas pada caruman bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan muula alami peningkatan secara berkala untuk tempoh 3 tahun selanjutnya. Di mana menjelang tahun 2028 – had simpanan asas persaraan bersama KWSP akan naik kepada RM390,000 berbanding RM240,000 yang ditetapkan pada pasaran semasa.
Keperluan ini menurut KWSP telah diperincikan pada pelancaran Panduan Belanjawanku 2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan semalam (12 Disember).
Jelas KWSP, jumlah Simpanan Asas itu akan dinaikkan secara berperingkat sebanyak RM50,000 setiap tahun untuk tempoh 2026 sehingga 2028, ia meliputi:
- 1 Januari 2026 – RM290,000
- 1 Januari 2027 – RM340,000
- 1 Januari 2028 – RM390,000
Secara menyeluruh, peningkatan had simpanan asas ini berlaku kerana tuntutan kos pencen dijangka akan meningkat pada pasaran mendatang. Maka bagi memastikan semua pihak menikmati perolehan pencen yang selesa terdapat 3 tahap simpanan akan digariskan mulai 2026. Ianya adalah:
- Simpanan Mencukupi: Ditetapkan pada 240 kali ganda Pendapatan Persaraan Mencukupi, dibundarkan ke bawah kepada RM10,000 terdekat (RM650,000)
- Simpanan Asas: 60% daripada jumlah Simpanan Mencukupi (RM390,000)
- Simpanan Dipertingkat: 200% daripada jumlah Simpanan Mencukupi (RM1.3 juta).