Artikel

Dewan Negara Lulus Belanjawan 2025

Selepas melalui tempoh 6 hari perbahasan dan penggulungan di peringkat jawatankuasa – sidang Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 dengan meraih sokongan majoriti ahli dewan.

Kelulusan itu sekaligus memperlihatkan bajet 2025 menjadi nilai tertinggi dengan peruntukan sebanyak RM421 bilion merupakan belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negara.

Menerusi kesepakatan itu, belanjawan ini akan memperlihatkan beberapa tumpuan seperti kemasukan pelaburan berkualiti tinggi, perluasan akses perniagaan, dan mempelbagaikan inisiatif untuk rakyat.

Dengan langkah itu, ia secara tidak langsung akan memberi keseimbangan pada pasaran semasa dan menjamin kuasa beli pengguna tidak akan terjejas kesan tekanan kos semasa. Tumpuan tersebut secara berkala akan merancakkan lagi arena ekonomi Malaysia di masa hadapan.