Sebagai tindak balas untuk menangani isu kelahiran yang semakin rendah di Jepun, ibu kota Tokyo kini merancang untuk menyedikan khidmat percuma penjagaan harian buat semua kanak-kanak prasekolah – bermula September 2025.
Langkah itu secara langsung akan meringankan bebanan kewangan keluarga, isi rumah di Jepun di samping membantu kumpulan ini memulihkan tahap kesihatan mental mereka berikutan tekanan kos di negara maju.
Selain penawaran tersebut, Tokyo juga mahu memperkenalkan pilihan bekerja secara fleksibel iaitu merangkumi 4 hari seminggu bagi kakitangan awam. Usaha ini turut memberi ruang kepada pekerja di Tokyo memiliki masa bersosial yang setimpal berbanding tumpuan pada komitmen kerja semata-mata.