Sehingga Ogos 2024, didapati sejumlah 38 buat pusat data telah beroperasi di pasaran Malaysia. Di mana data ini menunjukkan Selangor dan Johor menjadi lokasi tumpuan pada pembangunan segmen tersebut.
Data Kementerian Digital itu memperincikan di Selangor terdapat 21 buah pusat data, diikuti Johor pula 10 buah pusat data dan Kuala Lumpur (4), Kedah (1), Penang (1), dan Sarawak (1). Selain jumlah itu, turut dimaklumkan terdapat 19 buah pusat data lagi sedang dalam pembinaan di Malaysia. Ia meliputi KL (2), Selangor (7), Negeri Sembilan (1), Kedah (1), Penang (1) dan Johor (7).
Bagi meningkatkan tahap keberkesanan ekosistem pusat data negara, Kementerian juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan Kerangka Pembangunan Industri Pusat Data Mampan di Malaysia, yang merangkumi garis panduan kelestarian seperti kecekapan tenaga, air serta akses kepada tenaga boleh diperbaharui.