Artikel

Mulai 2026 – Bas Pemasangan Tempatan Wajib Pasang Alat Penghad Laju

Untuk memastikan tahap pematuhan pemanduan dicapai dan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan – bas bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) diwajibkan untuk memasang peranti penghad kelajuan menerusi Prosedur Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bermula 1 Januari 2026 kelak.

Langkah ini selaras dengan tanggungjawab Malaysia dalam menambahbaik isu keselamatan jalan raya selaku Pengerusi ASEAN 2025 dan persediaan ke arah melaksanakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain persetujuan itu yang dicapai pada sidang Mensyuarat Jawatankuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya hari ini – kelulusan peruntukan libatkan RM463 juta juga telah dicapai oleh semua pihak bagi meningkatkan kualiti khidmat pengangkutan awam sebagaimana yang digariskan pada Belanjawan 2025.