Axiata Group kini mengumumkan mencapai perjanjian bersama Sinar Mas bagi tindakan cadangan menggabungkan syarikat telekomunikasi PT XL Axiata, PT Smartfren Telecom dan anak syarikat Smartfren – PT Smart Telcom di Indonesia.
Di mana tindakan gabungan tersebut akan dinamakan sebagai PT XL Smart Telecom Sejahtera.
Pada langkah gabungan itu, dijangka usaha ini akan menyediakan perkhidmatan ke atas sekitar 94.51 juta pengguna iaitu mewakili 27% pasaran tempatan Indonesia. Peratusan itu sekaligus mengukuhkan lagi pengaruh semua pihak pada pasaran pengendalian telekomunikasi di Indonesia.
Menerusi penyelesaian gabungan tersebut, XL Smart akan sertai empat perniagaan lain di bawah Axiata meliputi LinkNet, Edotco, Boost serta ADA.