Artikel

Program Digital Rakyat Akan Dilancarkan – Pada 12 Disember Ini

Dalam usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran melibatkan perkembangan ekonomi digital – Kementerian Digital kini memaklumkan Program Digital Rakyat akan dilancarkan pada 12 Disember ini.

Inisiatif program pembelajaran atas talian ini bertujuan membolehkan masyarakat meraih pendedahan asas akan fungsi teknologi baharu – antaranya seperti kecerdasan buatan (AI). Di mana perkongsian pengetahuan ini akan dilaksanakan menerusi pembangunan model khusus.

Makluman yang dikongsikan ketika sidang Parlimen hari ini, secara jelas menunjukkan komitmen negara akan perluasan akses teknologi kepada semua masyarakat merangkumi setiap lapisan rakyat. Usaha ini berikutan maklum-balas yang membrangsangkan diraih di bawah inisiatif AI Untuk Rakyat yang telah berjaya menarik penyertaan sekitar 1.3 juta rakyat kalangan pelajar, tenaga profesional serta penjawat awam.