Malaysia kini berdepan fenomena penuaan masyarakat, apabila dijangka menjelang 2043 terdapat 14% penduduk negara adalah kalangan berusia 65 tahun ke atas. Peralihan ini secara langsung membawa kepada status Malaysia sebagai negara tua pada tempoh tersebut.
Persekitaran ini untuk makluman didorong akan penurunan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) yang menurun kepada rekod kelahiran 1.6 anak dalam rekod populasi di Malaysia. Tidak hanya itu, peningkatan tahap penjagaan kesihatan pula membawa kepada peningkatan jangka hayat dalam kalangan rakyat Malaysia – dengan jangka hayat semasa lahir rakyat meningkat daripada 71.2 tahun (1991) kepada 74.8 tahun (2023).
Berlandaskan dua faktor ini, ia secara langsung membawa kepada jumlah penduduk tua akan lebih tinggi di masa hadapan. Maka kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi kini memaklumkan sedang dalam pembangunan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan bagi membantu Malaysia menghadapai isu cabara menua di pasaran negara.
Draf rangka ini dimaklumkan akan dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada awal tahun 2025.
Buat pengetahuan umum rangka ini merangkumi pelbagai aspek antaranya perancangan dasar, pelan tindakan berkaitan makroekonomi dan fiskal, pekerjaan, kemahiran, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan sepanjang hayat dan penjagaan jangka panjang.