Artikel

LHDN Sekat Perjalanan Lebih 200,000 Individu, Syarikat – Kesan Tunggakan Cukai

Berikutan masih terdapat ramai pembayar cukai yang culas dalam melunaskan tanggungjawab mereka – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini memaklumkan seramai 203,123 individu dan syarikat telah berdepan sekatan perjalanan ke luar negara sejak bulan lalu. 

Perintah ini membabitkan 175,656 individu yang memiliki tunggakan cukai pendapatan dan 12,205 individu lagi berdepan tunggakan cukai keuntungan harta tanah. 

Buat pengetahuan umum, sekatan perjalanan adalah tindakan amaran terakhir yang dikenakan ke atas pembayar cukai yang gagal membayar baki cukai tunggakan mereka. Ia berperanan adalah langkah terakhir selepas pelbagai peringatan dan notis diberikan kepada kumpulan pembayar cukai yang terlibat.