Pada suku pertama 2025, dijangka kumpulan pengelasan T15 iaitu kumpulan 15% berpendapatan tinggi di Malaysia akan diumumkan pentadbiran – berikutan penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan.
Pengumuman Kementerian Ekonomi ini adalah tindak-balas untuk memberi ruang kepada rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar pada sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk berbuat tindakan sedemikian kelak. Dan sekiranya semakan kelayakan memaparkan pengguna tidak layak – maka terdapat cadangan untuk menyediakan saluran rayuan akan perolehan agihan subsidi tersebut.
Diperjelaskan tindakan berhubung kelayakan dan pengelasan ini perlu diselesaikan pada separuh pertama 2025. Setelah penyelesaian itu dicapai maka pelaksanaan penyasaran subsidi akan disegerakan.
Setakat ini difahamkan peranan penentuan pengelasan dan kelayakan adalah dibawah pemantauan Kementerian Ekonomi sementara pelaksanaan penyasaran libatkan stesen minyak di negara akan di bawah pengendalian Kementerian Kewangan (MOF) negara.