Sepertimana yang dimaklumkan, Perdana Menteri hari ini merasmikan perjanjian pembangunan Rumah Mampu Milik Bakat Baru Madani – melibatkan pembinaan lebih 35,000 kediaman bernilai antara RM225,000 hingga RM420,000 buat golongan B40 dan M40 di Malaysia.
Pembangunan ini untuk makluman akan dibangunkan di Batu Kawan dan Seberang Jaya di bawah kerjasama antara Penang Development Corp (PDC), PDC Properties dan SkyWorld. Di mana akan menyediakan pelbagai kemudahan buat pemilik unit meliputi kelengkapan kolam renang, dewan serbaguna, gimnasium, taman permainan serta perlindungan sekuriti kediaman.
Menerusi pembangunan yang membabitan nilai RM13 bilion ini, PM Anwar mahu kerajaan negeri menyelesaikan urusan kelulusan dalam tempoh kurang 45 hari bagi mempercepatkan projek rumah mampu milik rakyat.
Secara menyeluruh, usaha ini selari dengan komitmen negara untuk merealisasikan matlamat menyediakan 500,000 rumah mampu milik kepada rakyat menjelang 2025.