Artikel

Semakan Kos Haji 2025 Kini Di Fasa Akhir – Akan Dimuktamadkan Kelak

Tidak lama lagi, penetapan kos melibatkan ibadah haji 2025 akan diketahui umum. Berikutan ketika ini semakan kos tersebut dimaklumkan berada di peringkat akhir dan masih tidak diketahui sama ada dilaras naik atau kekal pada kos yang sama.

Jelas Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mohd Na’im, setelah perbincangan berkenaan semakan kos ini dicapai pihaknya akan membawa semakan tersebut kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Maka setelah perbincangan dicapai semua pihak maka barulah pengumuman rasmi akan dilaksanakan kepada rakyat Malaysia.

Selain menetapkan kos haji yang bersesuaian dengan kemampuan para jemaah, pentadbiran turut berhasrat menambahkan kuota haji negara pada tahun hadapan. Lebih tinggi berbanding apa yang  diperuntukan pada 2024 dengan jumalah seramai 31,600 orang.