Artikel

Cadangan Pusat Latihan Memandu Bertingkat Kini Diteliti – Atasi Isu Tunggakan Pemohon Lesen Baharu

Pentadbiran negara kini mengambil-maklum akan beberapa cadangan awam untuk meningkatkan kualiti infratruktur institusi sekolah memandu di Malaysia bagi menangani isu tunggakan permohonan lesen baharu di pasaran semasa. Antaranya adalah dengan mewujudkan pusat latihan memandu bertingkat.

Menurut perkongsian pada sidang Parlimen hari ini, cadangan tersebut sedang dalam kajian bagi menyemak kesesuaian lokasi dan reka bentuk bangunan yang struktur bertingkat.

Ini termasuklah pertimbangan dari aspek kos, persediaan pengendali institut latihan memandu serta piawaian keselamatan pada pembangunan tersebut.

Perbincangan sedemikian dimaklumkan akan dimajukan kepada Kementerian Kewangan (MOF) serta pihak berkuasa kelak untuk pengamatan lanjut.