Bilangan penganggur di Malaysia terus menunjukkan penurunan bagi data Oktober 2024 – di mana jumlah itu menurun kepada 551,400 penganggur. Rekod ini menjadikan kadar pengangguran di Malaysia kekal di paras 3.2% sepertimana yang diraih pada September 2024.
Berdasarkan jumlah itu, didapati 440,000 penganggur dikategorikan sebagai penganggur aktif yang menjadi kumpulan sentiasa mencari peluang pekerjaan baharu pada pasaran negara. Sementara 11,400 penganggur pula tidak aktif dalam mencari peluang pekerjaan baharu.
Data itu turut memperincikan pengurangan jumlah penganggur ini telah membawa kepada peningkatan jumlah penduduk bekerja di Malaysia – iaitu seramai 16.72 juta penduduk bekerja di Malaysia dicatatkan. Jumlah ini sekaligus membawa kepada pecahan taburan taraf pekerjaan – di mana didapati 74.9% daripadanya adalah berstatus pekerja, sementara 18.5% pula adalah idividu yang bekerja sendiri, 2.9% individu adalah pekerja keluarga tanpa gaji dan 3.6% pula mewakili kumpulan berstatus majikan.